Friday, April 13, 2012

Mozek

  • Mozek merupakan satu imej yang terhasil daripada gabungan bahan seperti kertas dengan menggunakan teknik tampalan. 
  • Bagi menghasilkan mozek, bahan tampalan perlu berasingan dan tidak bertindih antara satu sama lain.

Cara menghasilkan mozek :

1. Sediakan bahan dan alatan yang diperlukan iaitu kertas lukisan, pensel, kertas warna, gunting dan gam.

2. Lakarkan satu gambar yang menarik di atas kertas lukisan.

3. Kertas warna ditanda dan segitiga dilukis menggunakan pembaris dan pensil.

4. Kertas warna dipotong dengan menggunakan gunting dan diasingkan mengikut warna.

5. Hasil potongan kertas tersebut dilekatkan satu persatu tanpa bertindih mengikut lakaran di atas kertas lukisan tersebut menggunakan gam.

6. Hasil siap dan sedia dipamerkan.




No comments:

Post a Comment